Thursday, May 27, 2010

"JIKA TAK DIRAWAT BOLEH MEMBAWA MAUT"

PENYAKIT buasir (piles/Haemorrhoids) adalah berpunca dari keturunan ataupun sembelit di mana pembuluh darah pada bahagian tisu rectum (penhujung usus besar) yang membengkak serta mendatangkan kepedihan. Ianya terhasil daripada perengangan berulang semasa pergerakan usus.

Penyakit yang terdapat di hati juga meningkatkan tekanan darah pada gerbang pembuluh darah di rectum juga menjadi punca buasir. Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir kekal atau lebih dikenali dengan anus dan buasir yang tekeluar daripadanya.
Bagi Dr. Haji Suhaimi Harun,penyakit buasir harus diberi rawatan segera kerana ia bukan saja memberi kesan ketidak selesaan dan kesakitan di bahagian dubur malah menjelaskan perhubungan suami isteri.

Menurutnya lagi,tanda-tanda awal yang menyebabkan buasir adalah sakit dan gatal-gatal di bahagian dubur, dubur kembang ketika membuang air besar serta mengeluarkan darah, sembelit dan sukar membuang air besar serta ketumbuhan di bahagian dubur.

"Buasir boleh di cegah hanya memakan ubat pada peringkat awal sahaja, tetapi sekiranya sudah di tahap kritikal, mengambil ubat bukanlah jalan terbaik sebaliknya perlu menerima rawatan rapi" jelasnya.

Beliau yang melakukan rawatan buasir di kliniknya, memberi peluang kepada pesakit untuk memilih tiga kategori rawatan yang telah disediakan iaitu Rubber Banding atau Cryo Procedure (Reput,gugur & kecut) dan Sclerotheraphy (Suntik untuk mereputkannya).

"Kaedah Cryo Procedure menggunakan cecair nitrogen yang berfungsi mereput bahagian buasir. IRC Laser pula adalah kaedah rawatan yang menggunakan cahaya utra untuk mengatasi penyakit itu. Berlainan pula dengan rawatan Sclerotheraphy, ianya hanya mengunakan kaedah suntikan," jelas Dr. Suhaimi lagi.

Pesakit buasir bukanlah hanya tertumpu pada wanita yang sudah melahirkan anak sahaja malah turut dialami oleh kaum lelaki yang kuat bekerja serta kurang mengambil air minuman.

Disamping itu juga, Dr. Suhaimi juga turut memberikan pandangan perubatan mengenai buasir dan resdung di mana rawatan tersebut harus di gabungkan melalui rawatan tradisional dan moden supaya lebih selari kerana kaedah rawatan tersebut harus bergantung antara satu sama lain.

Bagi anda yang ingin menerima rawatan tersebut silahubungi :-
DR. SUHAIMI HARUN di talian : 019 - 2059998

No comments:

Post a Comment